Lemah akal vs lemah agama
- Ben Hasan

- May 30, 2024
- 1 min read
Sebahagian orang berpandangan yang agama itu amat berhubung kait dengan akal fikiran. Ya, malah ia amat betul sekali. Pun begitu, apabila ada yang cakap jika kita lemah agama, maka minda kita pun turut melemah. Hingga dianggap sebilangan manusia kurang bernasib baik yang kehilangan akal itu, adalah diertikan bermula dari hilang agama. Saya masih ragu-ragu mahu mengangguk. Ia sehinggakan saya berfikir: sekiranya ia betul sama sekali, maka orang Islam akan akhirnya menjadi hilang akal juga. Ada lebih 6 bilion manusia bukan Islam. Oleh sebab orang Islam mahu terasing dengan bukan Islam, malah sering bergaduh sesama sendiri, maka kita yang bilangan hampir 2 bilion ini harus pula menyendiri. Kecuali kita anggap yang menyendiri ini permulaan lemahnya akal, maka bolehkah kita terima yang tidak mengapalah untuk menjadi lemah agama?