top of page

Apa selepas Anwar?

  • Writer: Ben Hasan
    Ben Hasan
  • Jul 16
  • 1 min read

Updated: Jul 31

  1. Ya, saya tidak silap menulis. Dan, anda membacanya dengan betul.


  2. Saya tidak menulis: Siapa selepas Anwar?


  3. Dengan perkembangan politik semasa, amat penting untuk saya duduk sebentar dan berfikir hala tuju pandangan semasa, pendapat, dan rumusan peribadi.


  4. Setelah tempoh setengah penggal pemerintahan kerajaan di bawah pimpinan PMX Anwar, banyak yang boleh dipersoal, secara adil - dengan syarat kita betul-betul bersikap kritikal dalam membanding.


  5. Ada perubahan yang diingini semasa kerajaan ini berada di blok pembangkang, tidak berlaku. Saya pun tidak pasti adakah masih dalam perancangan. Jika tidak, ia lebih parah. Pengundi akan lebih berhak mempersoal.


  6. Apa hala tuju Pakatan Harapan selepas PMX kalau diandaikan tempoh pemerintahan Anwar hanya bertahan sepenggal? Bersediakah mereka untuk bertanya: Apa selepas Anwar. Ia lebih utama berbanding "Siapa selepas Anwar."


  7. Adakah reformasi akan menjadi kesinambungan atau adakah reformasi menjadi beban yang tidak mampu dibawa oleh tokoh selepas ini?


  8. Jika bukan lagi reformasi, maka 'apakah' pula selepas Anwar.


  9. Saya tidak berkata reformasi telah gagal. Tidak sama sekali.


  10. Kalau orang Melayu perhatikan betul-betul, perubahan di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, umpamanya di Selangor dan Pulau Pinang telah menjadi bukti yang reformasi sudah bertapak lantas berhasil.


  11. Tanyalah rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, dan bandingkan pula adakah perubahan yang sama juga dikesan di negeri lain.


  12. Tetapi, ini soal lain yang lebih besar. Untuk sepuluh tahun akan datang, PH patut mula bertanya: "Apa selepas Anwar?"

Recent Posts

See All
Utopia politik masa depan

Saya fikir parti politik berasaskan kaum dan agama sudah tidak lagi relevan di negara ini. Setelah lebih 60 tahun negara ini telah...

 
 
Melayu UMNO mudah lupa

Sejak kekalahan maruahnya ketika PRU15, UMNO makin menebal mukanya, dan makin menipis ingatannya yang lepas. Parti yang hanya menang 26...

 
 
Pesan Nietzsche

Ahli falsafah terkenal, Friedrich Nietzsche pernah menyebut: “Whoever fights monsters should see to it that in the process he does not...

 
 

©2022 by I.Dia

bottom of page