top of page

Utopia politik masa depan

  • Writer: Ben Hasan
    Ben Hasan
  • Mar 21, 2024
  • 2 min read

Updated: May 21, 2024

  1. Saya fikir parti politik berasaskan kaum dan agama sudah tidak lagi relevan di negara ini. Setelah lebih 60 tahun negara ini telah merdeka, lapangan politik yang baharu harus diketengahkan. Hal ini berdasarkan realiti yang negara ini berbilang kaum dan agama, dan politik tidak harus menjadi penentu bersatukah kita atau berpecahkah kita.

  2. Kita merdeka dengan salah satu jalan yang dibuka oleh parti berasaskan kaum. Ia dengan harapan tinggi bahawa setiap parti ini akan membela kemudian membangun taraf sosial setiap kaum.

  3. Ada beberapa perkara signifikan yang menguntungkan dari pendekatan ini. Dengan setiap kaum bersetuju untuk berkongsi kuasa, visi, dan halatuju negara, maka setiap parti ini saling menghormati peranan masing-masing tanpa soal.

  4. Pun begitu, keperluan dan pemikiran rakyat telah sedikit sebanyak setelah 60 tahun itu. Kurang jelas apakah masih ada lagi sumbangan signifikan yang diberikan oleh pendekatan ini, selain hanya prasangka dan perasaan tidak berpuas hati.

  5. Ini juga termasuklah perpecahan orang Melayu setelah parti berasaskan agama bertapak dan menjadi relatif kepada medan politik. Ruang yang diwujud kononnya ingin memberi kebebasan memilih sebenarnya adalah ruang yang menghalalkan kita tidak bersatu.

  6. Maka, parti politik dengan nama kaum dan agama sudah tentu patut menjadi kehendak pemikiran oleh setiap di antara kita. Kita menginginkan Melayu bersatu atas nama agama, di luar medan politik yang hanya 5 tahun sekali itu.

  7. Katakan boleh wujud parti politik yang berbentuk ideologi mahupun latar pemikiran politik, maka setiap parti itu akan membela nasib semua kaum dan semua agama yang selari dengan apa yang ditawarkan oleh agenda parti itu. Sesebuah ideologi itu sifatnya lebih dinamik, sering boleh diubah menurut keperluan cabaran di masa tertentuk. Kaum, sifatnya sudah tentu statik.

  8. Di luar politik pula, orang-orang Melayu - biarpun berbeza ideologi politik - akan sentiasa bersatu atas nama agama yang satu. Kecualilah jika ada perbezakan pemikiran dalam beragama, di mana jalan penyelesaiannya adalah berbeza. Kalau kita berterusan inginkan parti berasaskan agama, maka banyak masa akan dihabis untuk menentukan yang mana satukah lebih betul sedangkan tidak akan pernah ada dua Islam.

  9. Semua ini boleh diubah jika setiap dari kita berjiwa besar untuk menyediakan corak baru untuk generasi akan datang. Peringkat yang paling susah untuk diubah adalah peringkat yang paling awal. Kitalah yang menentukan bilakah peringkat paling awal itu.

  10. Tapi, saya katakan ini adalah utopia. Boleh jadi ia hanyalah angan-angan.

Recent Posts

See All
Apa selepas Anwar?

Ya, saya tidak silap menulis. Dan, anda membacanya dengan betul. Saya tidak menulis: Siapa selepas Anwar? Dengan perkembangan politik...

 
 
Melayu UMNO mudah lupa

Sejak kekalahan maruahnya ketika PRU15, UMNO makin menebal mukanya, dan makin menipis ingatannya yang lepas. Parti yang hanya menang 26...

 
 
Pesan Nietzsche

Ahli falsafah terkenal, Friedrich Nietzsche pernah menyebut: “Whoever fights monsters should see to it that in the process he does not...

 
 

©2022 by I.Dia

bottom of page