Kod QR logo halal
- Ben Hasan
- Jan 14
- 1 min read
Updated: Jul 17
Nampaknya setiap tahun, isu halal akan terus berputar. Yang bagusnya, ia adalah suatu tanda yang masyarakat kita masih cakna. Yang tidak bagusnya, apa lagi yang tidak selesai?
Saya berpandangan yang sudah sampai masa kita melihat lebih jauh kerana logo semata seakan tidak memadai. Isu yang timbul hari ini adalah ada yang telah salah guna logo halal palsu.
Bagaimana masyarakat awam ingin menyemak dengan kadar segera untuk tahu ia logo halal sah atau palsu. Urusan jual beli akan menjadi tidak praktikal kalau sikit-sikit, JAKIM dan KPDNKK terpasa masuk campur terlebih dahulu untuk menyemak setiap selepas aduan diterima.
Saya tidak pasti pihak manakah yang setuju kalau ia satu-satunya jalan penyelesaian yang ada.
Bagi pihak JAKIM - yang mengeluar dan mengesahkan logo halal - nampaknya ia menjadi satu-satunya pihak autoriti yang ada semua data untuk dirujuk.
Alangkah bagus jika JAKIM membuat sesuatu pembaharuan dalam hal ini kerana pada hemat saya, sudah sampai masa saya mengakui yang logo semata adalah sudah tidak memadai. Kod QR pada masa kini telah tersedia bagi sijil halal. Pun begitu, ia tidak disertakan pada setiap jenis produk yang dikeluarkan.
JAKIM perlu mengambil kira keupayaan kecerdasan buatan (AI) bagi memudah cara proses semakan oleh orang awam. Saya berpandangan logo halal JAKIM perlu ada ciri unik kod QR (QR code) bagi setiap sijil yang dikeluarkan, dan dipaut dengan database JAKIM.
Kod QR itu haruslah tidak boleh ditiru atau dimanipulasi dengan mudah.
Mungkin dengan kaedah ini dapat membantu proses semakan status halal pada setiap produk.