top of page

R & R dari zakat

  • Writer: Ben Hasan
    Ben Hasan
  • Feb 13
  • 1 min read
  1. Ada sesetengah tempat di negara ini yang benar-benar perlu disegerakan fasiliti bagi memudahkan orang awam. Sebahagian orang awam itu adalah orang yang bermusafir (traveller).


  2. Kemudahan sebegini pula agak perlahan disebabkan kekangan peruntukan dan sebagainya.


  3. Saya berpandangan adalah wajar difikirkan untuk menggunakan peruntukan wang zakat bagi membina kemudakan seperti R & R di laluan tertentu (di negeri tertentu) yang sering diguna ketika musim cuti dan perayaan.


  4. Ini kerana salah satu golongan yang layak menerima zakat adalah ibn sabil, iaitu orang yang membuat perjalanan ke suatu tempat. Kalau pemahaman ibn sabil ini diperluas, maka ia boleh dicadangkan untuk meliputi kemudahan untuk diguna oleh orang yang bermusafir.


  5. Pengusaha kecil-kecilan juga boleh dilibatkan secara tidak langsung bagi mendapat manfaat limpahan ekonomi.


  6. Kebanyakan orang bermusafir itu tidak perlu dibantu dari segi kewangan secara langsung ketika bermusafir, tetapi boleh dibantu dengan kemudahan-kemudahan lain seperti itu yang boleh disediakan hasil biayaan wang zakat.


  7. Dengan ini, wang zakat tidak perlu disalur semata-mata kepada orang miskin dan semata-mata kepada orang Islam. Sudah ada pandangan yang membolehkan zakat dikongsi juga depada orang bukan Islam atas sebab tertentu di mana faedahnya lebih luas.


  8. Di sini, kajian lanjut boleh dibuat bagi memperluas keupayaan hibrid wakaf-zakat, seperti terdapat sebuah kajian yang pernah dihasilkan. (rujuk Journal of Islamic Finance, Special Issue Vol.10 No.1 (2021) 067 – 075).


  9. Secara tidak langsung juga, ia boleh menjadi simbol sumbangan orang Islam untuk kemudahan orang kebanyakan, yang kemudahannya bakal diguna berterusan.


Recent Posts

See All
Sebelum wahyu

Saya pernah menulis dalam blog ini yang antara sunnah yang orang Islam mudah terlepas pandang adalah kesungguhan nabi untuk berfikir...

 
 
Kod QR logo halal

Nampaknya setiap tahun, isu halal akan terus berputar. Yang bagusnya, ia adalah suatu tanda yang masyarakat kita masih cakna. Yang tidak...

 
 
Mencari ulama yang 100% pewaris nabi

"Ulama adalah pewaris para nabi." Kenyataan ini mempunyai dasar kukuh kerana ia datangnya dari hadis yang sahih, yang tidak ada keraguan....

 
 

©2022 by I.Dia

bottom of page