27 kali ganda pahala
- Ben Hasan

- Mar 24, 2017
- 1 min read
Updated: May 21, 2024
Kita kerap mendengar hadis, yang solat secara berjemaah itu, ganjarannya 27 kali ganda. Angka itu sudah cukup besar untuk apa-apa perbandingan.
Saya juga pernah melihat dan membaca tafsiran senarai 27 kali ganda itu. Ia merangkum segala kelebihan solat berjemaah.
Dari sudut perspektif lain, fizik menawarkan tafsiran berbentuk lain. Sama ada ia kebetulan, ataupun terperangkap dengan keyakinan yang fakta sains boleh berubah di masa hadapan, ia tidaklah dapat pula dipastikan.
Kalaupun jika ia kebetulan, ia adalah satu kebetulan yang tidak rugi untuk ditaakul.
Satu fakta yang diperakui adalah jumlah atom dalam badan seseorang, secara puratanya, dianggarkan adalah 7 x 10^27 (7 darab 10 kuasa 27). Dalam maksud lain, ada 27 bilangan 0 selepas angka 7.
Mungkinkah ia boleh terkait dengan 27 kali ganda pahala seperti yang disebut dalam hadis dengan satu tafsiran dan pemahaman baru? Ia tidaklah pasti. Ketidakpastian adalah suatu jawapan yang tertangguh.