top of page

Antara patuh shariah dan patuh objektif shariah

  • Writer: Ben Hasan
    Ben Hasan
  • Sep 14, 2024
  • 1 min read

Updated: Sep 26, 2024

  1. Prinsip objektif shariah, secara umumnya masih lagi relevan selagi belum ada pandangan baru yang lebih tepat.


  2. Salah satu objektif shariah adalah memelihara nyawa. Sebarang perlaksanaan shariah adalah belum sempurna jika ia tidak memenuhi keperluan nyawa manusia.


  3. Kita sehabis baik ingin menjadikan apa sahaja - termasuk industri makanan - mematuhi shariah, iaitu ia mesti halal.


  4. Kita sering terlupa separuh lagi hakikat yang datang seiring dengan prinsip halal iaitu "halal lagi baik".


  5. Dalam pemahaman kita, cukuplah jika ia sudah halal.


  6. Sedangkan "baik" itu yang menentukan antara banyak-banyak yang halal, mana satukah yang lebih menjadi pilihan. Maka, dengan pemahaman ini, jika hendak dipamer dengan gambar rajah Venn, "baik" itu adalah subset kepada "halal", bukannya menjadikan "baik" sebagai intersection kepada "halal".


  7. "Baik" itu termasuklah soal kebersihan, layanan terhadap pelanggan, kualiti, makanan sihat, dan sebagainya.


  8. Ia bagi mengelak hal yang sepatutnya boleh dielak seperti keracunan makanan malah memberi nutrisi yang baik kepada pelanggan.


  9. Banyak penyedia makanan di kalangan orang Islam yang umumnya halal, tetapi soal "baik" itu diragui.


  10. Banyak pula penyedia lain yang aspek "baik" itu di kelas tersendiri, tetapi soal halal diragui.


  11. Begitulah dilema kita mutakhir ini. Keutamaan sudah menjadi terbalik.


  12. Sedangkan orang Islam patut menjadi contoh, malah pemenang bab "halal lagi baik" ini.


  13. Hal ini kerana ia lebih dekat dengan pematuhan objektif shariah seperti disebut awal-awal.


  14. Ia bukan mematuhi shariah semata-mata.



Recent Posts

See All
Sebelum wahyu

Saya pernah menulis dalam blog ini yang antara sunnah yang orang Islam mudah terlepas pandang adalah kesungguhan nabi untuk berfikir...

 
 
R & R dari zakat

Ada sesetengah tempat di negara ini yang benar-benar perlu disegerakan fasiliti bagi memudahkan orang awam. Sebahagian orang awam itu...

 
 
Kod QR logo halal

Nampaknya setiap tahun, isu halal akan terus berputar. Yang bagusnya, ia adalah suatu tanda yang masyarakat kita masih cakna. Yang tidak...

 
 

©2022 by I.Dia

bottom of page