top of page

Baca Surah Al-Ikhlas tiga kali

  • Writer: Ben Hasan
    Ben Hasan
  • Sep 20, 2022
  • 1 min read

Updated: May 21, 2024

  1. Sudah menjadi amalan bertahun-tahun di kalangan kita untuk beramal, dari semudah-mudah amal sehinggalah ke ibadah yang agak rumit. Spektrum ibadah ini memberikan kita ganjaran, bergantung kepada tahapnya.

  2. Melalui hadis yang popular, kita mengambil maklum tentang kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas yang pahalanya adalah seperti membaca satu per tiga keseluruhan Al-Qur’an.

  3. Maka kita, seperti kebiasannya, mengambil apa yang dikatakan sebagai jalan singkat melalui apa yang kita faham melalui hadis itu. Jika membaca Surah Al-Ikhlas sekali, pahalanya umpama membaca sepertiga Al-Qur’an, maka bagaimana mahu mengumpul keseluruhan pahala membacanya?

  4. Kita mencongak dengan matematik mudah, dan lahirlah kehendak untuk membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali supaya kononnya bila dihitung, ia menjadi satu (keseluruhan Al-Qur’an). Kita berasa ini pun sudah mencukupi dan perasaan lega beribadah sudah lahir. Tidaklah salah secara prinsipnya jika ini menjadi perkiraan

  5. Tetapi apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan sepertiga Al-Qur’an? Adakah hakitanya semata-mata pada berapa kali dibacakah atau hakikatnya adalah pada betapa Surah Al-Ikhlas ini satu surah yang compact?

  6. Keseluruhan kandungan Surah Al-Ikhlas adalah mengenai prinsip ketuhanan yang tulen. Ia satu-satunya konsep ketuhanan yang diterima untuk sejagat – manuisawi, alam semesta, falsafah, dan sebaginya. Membaca maksud setiap ayat dalam surah ini adalah petuntuk kepada tunjang Islam.

  7. Jadi, tidaklah menjadi pelik jika nilai pemberat surah ini adalah sepertiga Al-Qur’an. Ini kerana sepertiga kandungan Al-Qur’an adalah penerangan kepada prinsip yang ada Surah Al-Ikhlas – biarpun hanya empat ayat.

  8. Membaca Surah Al-Ikhlas tiga kali pun beroleh pahala, tetapi berfikiran bahawa surah ini adalah tunjang prinsip ketuhanan yang ada pada keseluruhan Al-Qur’an itu nampaknya lebih dikehendaki Tuhan.

Recent Posts

See All
Sebelum wahyu

Saya pernah menulis dalam blog ini yang antara sunnah yang orang Islam mudah terlepas pandang adalah kesungguhan nabi untuk berfikir...

 
 
R & R dari zakat

Ada sesetengah tempat di negara ini yang benar-benar perlu disegerakan fasiliti bagi memudahkan orang awam. Sebahagian orang awam itu...

 
 
Kod QR logo halal

Nampaknya setiap tahun, isu halal akan terus berputar. Yang bagusnya, ia adalah suatu tanda yang masyarakat kita masih cakna. Yang tidak...

 
 

©2022 by I.Dia

bottom of page