top of page

Bila Ayat Seribu Dinar dibaca oleh Jepun

  • Writer: Ben Hasan
    Ben Hasan
  • Jan 20, 2017
  • 2 min read

Updated: May 21, 2024

  1. Sepanjang tahun, ada empat buah rumah di negara ini yang lebih dikunjung berbanding rumah lain. Tidak ada barang yang aneh dan ia bukanlah pula sebuah muzium. Ia diperhati lanjut, hanya kerana ia rumah terbalik. Semua barang di dalamnya akan dilihat secara songsang — melalui kedudukan mata kita yang biasa.

  2. Katherine Johnson, ahli matematik wanita pertama NASA, yang bertanggungjawab menghantar angkasawan juga memilih untuk melengkapkan kiraan tujahan kapal angkasa dengan cara songsang — dengan memilih titik mendarat terlebih dahulu, barulah ditentukan titik berlepas.

  3. Apa yang menjadi pengakhiran bagi orang lain, diambil pula menjadi asalan. Dan begitulah sebaliknya.

  4. Dalam dunia kita, Ayat Seribu Dinar (malangnya kita tidak pernah terlintas bertanya dari mana datangnya istilah itu) kerap dibaca dan dipampang, terkait pula dengan perniagaan. Barangkali hasil bawaannya mempermudahkan hitungan gandaan seribu — sekurang-kurangnya kita menganggap begitu.

  5. Permulaan ayat itu berbunyi: “Sesiapa yang yakin kepada Tuhan, dijadikannya jalan keluar”. Maka kita faham, yang pertama sekali, yakinlah sepenuh hati kepada kehendak Tuhan. Lantaran jalan keluar akan menyusul mengiringi. Orang membacanya ketika berniaga, dan ketika keadaan lain. Setakat itu saja yang kita mengerti. Bolehkan ia terhenti setakat pemahaman sedimikian rupa?

  6. Dengan membandingkan perlakuan orang Barat, Jepun, dan Korea seumpamanya, sepatutnya kita menaakul dengan pemahaman terbalik. Diambilnya ayat yang sama juga, cuma kita melihatnya secara terbalik, agar dapatan akan melonjak lagi usaha dan azam kita sebelum ini.

  7. Jadi, ia akan kelihatan seolah-olah begini: “Sesiapa yang mencari jalan keluar, maka itu tandanya ia yakin dengan Tuhan.” Ia bukanlah maksud ayat yang asal. Ia telah ditafsir semula supaya lebih nampak dan menusuk.

  8. Sewaktu kita sibuk-sibuk menampalnya di dinding di kedai kaki jalan, kita tidak sedar dengan ketidakupayaan mencari jalan keluar dari sebarang masalah sekalipun. Lebih buruk lagi, orang bukan Islam sedang memperbuat sebaliknya, gigih dan berkeringat mencari jalan keluar dari sebarang halangan yang terbentang. Sudah tentu mereka tidak akan tekun andai mereka tidak yakin.

  9. Yang dikejar mereka dapat, yang dikendong mereka tidak berciciran.

  10. Kita seharusnya percaya, yang meredah cari jalan keluar itu satu tuntutan agama yang utama. Tidak ada galang ganti lagi bagi mereka yang membimbit alasan.

  11. Sesungguhnya mencari jalan keluar amatlah rumit. Tapi ia tidak kekal sebegitu.

Recent Posts

See All
Sebelum wahyu

Saya pernah menulis dalam blog ini yang antara sunnah yang orang Islam mudah terlepas pandang adalah kesungguhan nabi untuk berfikir...

 
 
R & R dari zakat

Ada sesetengah tempat di negara ini yang benar-benar perlu disegerakan fasiliti bagi memudahkan orang awam. Sebahagian orang awam itu...

 
 
Kod QR logo halal

Nampaknya setiap tahun, isu halal akan terus berputar. Yang bagusnya, ia adalah suatu tanda yang masyarakat kita masih cakna. Yang tidak...

 
 

©2022 by I.Dia

bottom of page