top of page

Konservatisme: Penyelamat terakhir PAS dan Umno

  • Writer: Ben Hasan
    Ben Hasan
  • Oct 5, 2015
  • 2 min read

Updated: May 21, 2024

  1. Sejak bertahun-tahun, dua parti politik terbesar Melayu, PAS dan Umno tidak pernah terancam seperti hari ini. Dan masing-masing memilih konservatisme sebagai penyelamat.

  2. Umno memanipulasi pemikiran bangsa yang konservatif, bermula dari luar bandar ke intelektual dan elit Melayu. Intelektual Melayu yang diam itu lebih menjadi beban berbanding pendemontrasi kaum yang bising-bising.

  3. Konservatisme dari sudut hubungan sosial di sekitar Melayu adalah budaya mengampu yang didik oleh Umno. Seseorang yang bermula mencari kerja dengan mengampu, akan terpaksa pula mengampu di sepanjang hayat kariernya. Begitulah hal dalam politik. PAS pula sanggup mengabaikan golongan profesional mereka sendiri – walaupun jika ia dibuat secara demokrasi. Maka, perkara yang samakah bakal dilakukan terhadap profesional lain jika mereka memegang kerajaan? Dalam sesebuah kerajaan, profesional membentuk paling tidak 85%. Selebihnya barulah agamawan dan ustaz-ustaz.

  4. Semasa bangsa lain diasuh bagaimana menggandakan RM 250, konservatisme Umno membeli Melayu dengan nilai sama. Jadi, orang Melayu yang konservatif berpaut pula pada penyelamat itu, sehingga Melayu tersalah faham yang Umno itu sebenarnya hanyalah sebuah parti, bukan sebuah kerajaan.

  5. PAS juga semakin dilihat terdesak bergantung pada konservatisme dalam agama, sehingga orang Islam sendiri keliru adakah ia sebuah persatuan agama atau pun sebuah parti. Membangun dan menaiktaraf ekonomi setempat itu adalah dakwah tersirat yang paling dipinggirkan gerakan Islam. “Membangun bersama Islam” harus perlahan-lahan diubah kepada “Pembangunan sebahagian daripada Islam”.

  6. Di dunia ini, kita tidak pernah mendengar yang satu-satunya hala tuju penubuhan mana-mana parti politik adalah untuk menggubal undang-undang, kecuali PAS dengan Hudud. Pada mereka, ia lebih utama dari hal-hal lain.

  7. Memahamkan orang Islam bahawa Islam hanya berada dalam PAS adalah satu lagi pemikiran konservatif agama. Ia berkembang melalui gerakan ala jemaah dan dikaburi dengan banyak istilah Arab untuk menunjukkan ia lebih islamik.

  8. Kerjasama politik berterusan dengan rakan bukan Islam seharusnya melonggarkan pemahaman Islam yang tertutup dan sempit. Tapi tindak-tanduk pemimpin PAS menggambarkan sebaliknya. Kita tidak perlu bertanya kepada siapa PAS bermusuh. Tanyalah dengan siapa ia mahu berkawan. Kita tidak jelas dengan siapa ia ingin berkawan.

  9. Ketika Umno memainkan isu perkauman untuk mendapatkan saki- baki sokongan Melayu, PAS pula mempromosi konservatisme agama untuk mengikat ahli sedia ada.

  10. Pada masa akan datang, makin banyak isu bangsa dan agama akan menjadi tema politik oleh kedua-duanya.

  11. Konservatif Melayu menjadi penyelamat PAS dan Umno. Kedua-duanya masih disokong. Ini kerana saki-baki Melayu konservatif walaupun kelihatan tidak “solid”, ia lebih berselarak. Yang lebih berselerak itu lebih payah dikawal.

Recent Posts

See All
Apa selepas Anwar?

Ya, saya tidak silap menulis. Dan, anda membacanya dengan betul. Saya tidak menulis: Siapa selepas Anwar? Dengan perkembangan politik...

 
 
Utopia politik masa depan

Saya fikir parti politik berasaskan kaum dan agama sudah tidak lagi relevan di negara ini. Setelah lebih 60 tahun negara ini telah...

 
 
Melayu UMNO mudah lupa

Sejak kekalahan maruahnya ketika PRU15, UMNO makin menebal mukanya, dan makin menipis ingatannya yang lepas. Parti yang hanya menang 26...

 
 

©2022 by I.Dia

bottom of page