top of page

PAS perlukan “Dewan Profesional”

  • Writer: Ben Hasan
    Ben Hasan
  • Aug 6, 2015
  • 1 min read

Updated: May 21, 2024

  1. Saya mengganggap isu ini separa relevan untuk dinyatakan, selepas perubahan yang berlaku dalam PAS. Tetapi saya tetap akan menulis apa yang pernah saya cadangkan dalam “jemaah budak politik” 7 atau 8 tahun yang lalu.

  2. Parti politik adalah model kepada bentuk kerajaan yang wujud. Struktur dalam parti politik pula adalah tulang belakang yang menggerakkan anggota. Sudah tentu anggota yang lemah berkait dengan struktur yang longgar.

  3. Di sini, PAS memiliki anggota yang unik dari pelbagai latar belakang. Dan kita harus mengganggap kumpulan profesional adalah cermin kepada kementerian yang bakal wujud andai PAS benar-benar ingin menjadi kerajaan.

  4. Sama ada ia kebetulan atau tidak dengan latar belakang sebagai seorang profesional, kebanyakan isu semasa negara dipelbagaikan dimensinya oleh golongan ini berbanding kumpulan agamawan.

  5. Adalah lebih berkesan jika PAS mewujudkan “Dewan Profesional” seperti mana PAS berbangga dengan jenama Dewan Ulamak (DU) dan Majlis Syura Ulamak (MSU) lebih-lebih lagi jika ia ditubuhkan di setiap negeri seperti DU dan MSU.

  6. Ramai bakat profesional baru boleh bergiat aktif dalam Dewan Profesional itu, dan sudah tentu menjadi nilai tambah dalam PAS. Secara semula jadinya, harus ada profesional beragama, dan agamawan profesional.

  7. Diharapkan dengan ini bakat kepimpinan digilap dengan lebih sesuai dan PAS dihidangkan pilihan untuk dipimpin selain dari semata-mata agamawan.

  8. Dan struktur-struktur tersebut akan sama-sama membantu dan memperbaiki satu sama lain.

  9. Namun idea ini ditolak. Dan dengan pekembangan politik PAS yang serba tidak menjadi, secara jujurnya saya menganggap ia sudah terlambat.

Recent Posts

See All
Apa selepas Anwar?

Ya, saya tidak silap menulis. Dan, anda membacanya dengan betul. Saya tidak menulis: Siapa selepas Anwar? Dengan perkembangan politik...

 
 
Utopia politik masa depan

Saya fikir parti politik berasaskan kaum dan agama sudah tidak lagi relevan di negara ini. Setelah lebih 60 tahun negara ini telah...

 
 
Melayu UMNO mudah lupa

Sejak kekalahan maruahnya ketika PRU15, UMNO makin menebal mukanya, dan makin menipis ingatannya yang lepas. Parti yang hanya menang 26...

 
 

©2022 by I.Dia

bottom of page