top of page

RUU 355: Berbaloi juga berfikir seperti seorang doktor

  • Writer: Ben Hasan
    Ben Hasan
  • Feb 18, 2017
  • 2 min read

Updated: May 21, 2024

  1. Bagaimanakah orang membuat suatu keputusan penting yang mendesak? Sekiranya anda perlu memilih satu keputusan penting di antara beberapa opsyen dalam masa tertentu, prinsip keutamaan adalah kunci yang ramai orang pegang; tapi amat sedikit yang menggunakannya dengan betul.

  2. Katakan, seorang doktor terpaksa membuat keputusan tepat berdasarkan analisa yang diperoleh pada masa tertentu.

  3. Seorang penunggang motosikal, yang tergesa-gesa ke tempat kerja akibat kelewatan, kemalangan seorang diri dan cedera teruk di bahagian kaki. Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi. Maka sepasukan doktor bersedia untuk menghentikan pendarahan dan merawat luka dengan segera.

  4. Pada taakulan awal, tugas doktor selesai setelah luka itu dirawat.

  5. Tetapi, doktor mendapati tangan mangsa sentiasa menekan bahagian abdomen (perut). Maka, doktor pun menilai semula dan mendapati dia mengalami appendisitis (appendiks) yang teruk dan hampir pecah. Menurut deduksi (deduction), kemungkinan kesakitan appendisitis memaksa dia tiba-tiba memengang bahagian abdomen sambil mengawal motosikal, yang seterusnya menjadi punca kemalangan.

  6. Lantaran keutamaan pakar bedah am terpaksa bertukar tangan untuk merawat dahulu appendisitis sebelum ia pecah. Setelah ia selesai, barulah doktor memilih untuk merawat luka.

  7. Tidak berbaloi pula jika bertungkus lumus untuk rawatan luka di kaki sedangkan appendisitis yang teruk boleh membawa kematian.

  8. Berteriak untuk RUU355 samalah umpama berpeluh merawat luka kecil sedangkan luka yang hampir pecah ditangguh.

  9. Pada satu masa kita ingin menghukum orang yang mencuri dan berzina. Tetapi bagaimana dengan memperkasa ekonomi supaya orang tidak lagi mempunyai alasan untuk mencuri? Dan manakah usaha untuk memudahkan urusan permohohan kahwin dan adat resam merapu sehingga orang tidak perlu memilih untuk berzina?

  10. Antara kelemahan kita pada ketika ini bukanlah tidak melakukan perkara baik. Tapi antara sepuluh perkara baik itu, kita tidak bijak memilih apa yang patut dibuat dahulu.

  11. Sekiranya ia tidak berbaloi untuk seorang doktor, ia tidak patut juga berbaloi untuk sesiapa pun.

  12. Janganlah anda memekik melarang seorang memakai seluar pendek, sehingga lupa kepada segerombolan yang tidak berseluar. Ia, pada saya, tidak berbaloi.

Recent Posts

See All
Apa selepas Anwar?

Ya, saya tidak silap menulis. Dan, anda membacanya dengan betul. Saya tidak menulis: Siapa selepas Anwar? Dengan perkembangan politik...

 
 
Utopia politik masa depan

Saya fikir parti politik berasaskan kaum dan agama sudah tidak lagi relevan di negara ini. Setelah lebih 60 tahun negara ini telah...

 
 
Melayu UMNO mudah lupa

Sejak kekalahan maruahnya ketika PRU15, UMNO makin menebal mukanya, dan makin menipis ingatannya yang lepas. Parti yang hanya menang 26...

 
 

©2022 by I.Dia

bottom of page